PRODUK HPA PILIHAN YANG TEPAT

PRODUK HPA PILIHAN YANG TEPAT
Pepatah yang mengatakan "ANDA IALAH APA YANG ANDA MAKAN" telah diperakui dalam islam. Makanan yang dimakan bukan sekadar menjadi najis, tetapi ia juga diserap dan dimetabolismakan ke dalam sistem penghadaman dan beredar ke seluruh bahagian tubuh termasuk otak dan jantung. Oleh itu KEBERSIHAN TUBUH, MINDA dan JIWA benar-benar bergantung kepada kesucian makanan yang kita makan.

MINYAK BUT-BUT

MINYAK BUT-BUT
Minyak But- but mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuk jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But- But untuk membuat sarangnya. Kelebihan Minyak But- But adalah seperti berikut: 1. Untuk Patah Tulang, Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balut dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari. 2. Untuk Bawasir, Sapukan Minyak But- but di bahagian dubur/ anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus. 3. Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh/Stroke, Panaskan sedikit Minyak But- but dan sapukan kebahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh. 4. Untuk urut, Minyak But- but bersifat sejuk diluar dan panas didalam ini akan meresap ke lapisan epidermis mampu untuk mengubati saraf yang terganggu. 5. Sengatan Serangga, Ambil kapas dan basahi Minyak But- but dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.6. Luka- luka kecil, Ambil kapas dan sapukan pada bahagian yang luka. 7 Terkena Air Panas, Luka Terbakar, Sapukan Minyak But-but ke bahagian yang mengelembung. 8. Cirit- Birit, Minum satu sudu kecil bersama air suam. 9. Kembung Perut, Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan- lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak- kanak gunakan daun sirih dan sapu Minyak But- but di bahagian perut. 10. Athma (kanak- kanak kecil), Minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimut kanak- kanak tersebut.11. Bayi Yang Sering Menangis Pada Waktu Malam, Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap malam. 12. Kanak- kanak Yang Sering Kencing Pada Waktu Malam, Sapukan pada bahagian ari- ari sebelum tidur. Disamping itu dicadangkan amalkan Madu Asli. 13. Lemah Tenaga Batin, Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari. 14. Wanita Menopause, Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika bersama suami. Kandungan: - Kaempferia galangal - Melaleuca lecodendron - Cocos nucifera oil - Tinospora crispa Harga: RM 10.00 (S.M) + RM 5.00 (kos penghantaran)

MINYAK PATI SEPANG

MINYAK PATI SEPANG
Minyak Pati Sepang ini mengunakan ramuan kayu sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka. antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ini ialah:- Menanggalkan dan membual sel-sel kulit yg telah mati pada lapisan kulit agar tidak berkumpul. Mengelakkan dari terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit. Membersikan kulit secara mendalam ke liang-liang kulit. Sinergikan bersama Bedak Awana atau Bedak Tompok Hitam atau Bedak Jamin sebagai butiran kasar dicampur untuk tujuan scrub. Menghaluskan permukaan kulit. Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih sefar. Lihat keberkesannya 3-6 bulan. InssyaAllah. Harga RM 10.00 S/M + RM 5.00 untuk kos penghantaran.

Jumaat, 14 Ogos 2009

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)



Oleh: Ismail bin Abu Bakar
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;


Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.


Artikel, gambar dan doa adalah petikan dari http://www.darussyifa.org

Khamis, 9 Julai 2009

HARGAI KESIHATAN DEMI KEHIDUPAN SEMPURNA

Benarkah produk herba atau apa sahaja dalam bentuk serbuk merbahaya kepada kesihatan?
Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data-data yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan sistem pembuangan (excretory system), sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara, minum mada berbekam dan kay.

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim-enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya di usus kecil dan sedikit di usus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan-bahan untuk membolehkan ianya diserap. Bahan-bahan yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yang diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil ke dalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu di serap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu sistem urin. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah di antara tanda awal pembentukan batu karang.

Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid di tapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk herba sebenarnya tidak timbul di sini, sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal ke dalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk. Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA (KPU)


Sumber : Blog KPU

Ahad, 21 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA DI MALAYSIA


Salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Bersua lagi di laman persinggahan ini. Laman anak seni, laman anak rantau dan laman untuk mencanang perniagaan. Bertukar-tukar maklumat, berkongsi perniagaan dan menimba pengalaman. Apa juga yang igin diungkap di laman pena ini, hanya sekadar bual-bual biasa sambil minum kopi radix, dapat juga menikmati betapa nikmat herba yang terkandung di dalamnya sebagai minuman tambahan yang bertindak mengubati dahaga ketika ini di musim panas. Rasanaya enak, menambat hati sehingga ianya menjadi minuman harian yang harus di minum ketika menikmati sarapan pagi dan ketika menjamu selera di petang hari. Kata aruah bapa "Senyum sampai tak nampak telinga",. Memanglahkan.... aruah bapa memang seorang pelawak yang cukup bagus, mengembirakan hati yang runsing, menenangkan yang dalam gelisahan dan penawar pada kesakitan yang tenat. Alangkah baik, jika hari ini aruah ada bersama, tentu dia segala-galanya. Teman ketika sakit, ketika sedih dan ketika duka. Bapalah penghibur segala luka lara. Maafkan aku, andai aku tak berkesempatan memenuhi permintaan terakhirmu bapak. Aku berharap permintaan dapatku tunaikan sebelum Tuhan juga menjemput aku kembali kepadanya. Jika umur panjang dan murah rezeki, impian bapa dan impianku akan menjadi tunggak keimanan dalam menyelusuri hidup dan selagi tubuh ini bernyawa. Doaku juga, semoga rohmu di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh. Aku mahu kekuatan yang ada pada bapa, terus bersemadi dalam jiwa ini. Sentiasa bersemangat kental, bersemangat waja dan sentiasa mara walau di mana saja musuh, tidak mahu mengalah dengan takdir, melainkan kehendak dan semuanya suratan Illahi. ketika ini ketegasan yang ada padaku sama tegasnya dengan sikap aruah bapa. Apa yang ada pada bapa menurun padaku. Anak bapalah katakan! Andai ketika ini bapa ada di sini pasti ku cium tanganmu dan kukucup dahimu juga kukucup pipimu, sama seperti kau kucup dahiku setiap kali aku meninggalkan rumah dan sewaktu-waktu ketika bayi dan di zaman kanak-kanakku. Walau kau tiada di sini, ucapan ini tetap kuungkap, SELAMAT HARI BAPA!
Juga selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar bapa. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Semoga hidup ini penuh dengan keindahan dan disulami selangit keimanan.

INDAHNYA KEHIDUPAN BILA DISULAMI SELANGIT KEIMANAN

Bersua kembali di laman catatan penggembara sepi. Salam sejahtera, semoga sekalian pembaca blog ini dalam keadaan sihat walafiat dan saya alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana diberikan keafiatan sesempurna ini dan sentiasa dalam rasa ketenangan jiwa, seaman alam buana, sedingin salju putih, seputih hati-hati yang tulus dalam melayari percaturan hidup penuh cabaran, dugaan dan rintangan. Semoga juga kita sekaliannya tabah dalam mengharungi semua kehadiran yang tidak diundang. Maka Redhalah, agar kita berupaya terus melangkah walaupun terpijak duri yang melukakan dan bangun dari kejatuhan juga kekecewaan untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sulamilah keimanan kita ibarat seluas langit yang tiada batasan. Hari ini, teringat pada masa silam ketika bergelar kanak-kanak. Tidak pernah menangis kerana kemiskinan, tidak pernah mengeluh apapun yang dikunyah dan tidak juga pernah mengadu setiap kesakitan yang ditanggung. Rasanya kekuatan itu ada di ketika usia kanak -kanak lagi. Tetapi tidak pada ketika menjadi anak rantau. Berseorangan dalam kesakitan, tiada teman semasa duka. Salah siapakah itu? Atau mungkin takdir yang tersurat itulah penentunya. Namun, ianya tetap indah. Pengalaman yang menakjubkan.

Rabu, 27 Mei 2009


Selamat petang. Semoga hari ini dan hari-hari seterusnya menenangkan dan menggembirakan hidup kita. Selagi kita bernama manusia, selagi itu kita tidak lepas dari segala cubaan dan rintangan. Akan tetapi hari-hari akan terus dilalui walaupun kesukaran melaluinya, selagi kesabaran dan keimanan tertanam, ketaqwaan akan terus berbunga. Cuma satu yang perlu saya ingatkan sebagai saudara islam, gunakanlah produk halal dari luaran hingga dalaman. Batallah wudhuk seseorang jika terkena najis (sabun dari punca subha atau minyak wangi alkohol) maka tidak sah sesuatu solat. Berhati-hatilah dalam memilih produk Halal yang berada di pasaran. Jadilah pengguna bijak dan dinamik demi menjaga kesihatan dan kecantikan dalam melayari hidup sebagai hamba Allah SWT. Semoga ingatan yang tidak seberapa ini membantu untuk kita sama-sama membaiki segala yang rosak dan merawat hati kita yang pernah hitam untuk menjadi putih semula. Inssyaalah, dengan niat yang luhur, Tuhan pasti sentiasa berada di sisi hamba-hambaNya yang tidak pernah lupa akan Dia dan sentiasa menjaga kita dari segala bahaya dan bencana, juga melindungi kita dari syaitan laknatullah.
Assalamualaikum WBT.........
Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih dan Penyayang, atas limpah rahmatNya serta selawat dan salam ka atas junjungan kita Nabi Mohammad SAW, semoga kita diberkati dan dirahmati di dunia dan akhirat. Sesungguhnya di dalam menjalani kehidupan yang lebih sistematik dan hamba yang telus di dalam mengerjakan suruhanNya, tentu anda adalah orang yang inginkan keindahan, kegembiraan dan ketenangan. Semua itu ada di sekeliling kita. Macamana dan bagaimana saja untuk kita lakarkan atau corakkan yang menentukan adalah kita. Ingat, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, sehingga ia mengubahnya sendiri. Berusaha ke jalan benar dan diredhai, Inssyallah itulah jalan kita dan jihad kita. Saya ingin mengajak pembaca semua untuk menikmati dan merasai sesuatu yang akan menyaluti luar dan dalam tubuh kita. DuniaHPA.com adalah penyudah dalam menyelesaikan segala isu yang menjadi bualan semasa bagi ummat islam. Hubungilah saya untuk mendapatkan produk makanan, kesihatan dan kecantikan yang halal. Dengan istiqomah dan solat 5 waktu, Inssyallah keberkatan dan keberkesanan dirasai lebihkurang dalam tempoh 1 minggu hingga 3 bulan. Pengalaman memakan makanan daripada herba adalah keajaiban yang luar biasa. paling tidak bagi yang kurang berkemampuan cukuplah dengan merasai kopi radix (mai secawan).

RFC

RFC
Radix fried Chicken (RFC), Restoran Milik HPA Industries Sdn Bhd

KERATAN AKHBAR

KERATAN AKHBAR