PRODUK HPA PILIHAN YANG TEPAT
MINYAK BUT-BUT
MINYAK PATI SEPANG
Ahad, 21 Jun 2009
SELAMAT HARI BAPA UNTUK SEMUA BAPA-BAPA DI MALAYSIA
Salam sejahtera kepada pembaca blog sekalian. Bersua lagi di laman persinggahan ini. Laman anak seni, laman anak rantau dan laman untuk mencanang perniagaan. Bertukar-tukar maklumat, berkongsi perniagaan dan menimba pengalaman. Apa juga yang igin diungkap di laman pena ini, hanya sekadar bual-bual biasa sambil minum kopi radix, dapat juga menikmati betapa nikmat herba yang terkandung di dalamnya sebagai minuman tambahan yang bertindak mengubati dahaga ketika ini di musim panas. Rasanaya enak, menambat hati sehingga ianya menjadi minuman harian yang harus di minum ketika menikmati sarapan pagi dan ketika menjamu selera di petang hari. Kata aruah bapa "Senyum sampai tak nampak telinga",. Memanglahkan.... aruah bapa memang seorang pelawak yang cukup bagus, mengembirakan hati yang runsing, menenangkan yang dalam gelisahan dan penawar pada kesakitan yang tenat. Alangkah baik, jika hari ini aruah ada bersama, tentu dia segala-galanya. Teman ketika sakit, ketika sedih dan ketika duka. Bapalah penghibur segala luka lara. Maafkan aku, andai aku tak berkesempatan memenuhi permintaan terakhirmu bapak. Aku berharap permintaan dapatku tunaikan sebelum Tuhan juga menjemput aku kembali kepadanya. Jika umur panjang dan murah rezeki, impian bapa dan impianku akan menjadi tunggak keimanan dalam menyelusuri hidup dan selagi tubuh ini bernyawa. Doaku juga, semoga rohmu di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh. Aku mahu kekuatan yang ada pada bapa, terus bersemadi dalam jiwa ini. Sentiasa bersemangat kental, bersemangat waja dan sentiasa mara walau di mana saja musuh, tidak mahu mengalah dengan takdir, melainkan kehendak dan semuanya suratan Illahi. ketika ini ketegasan yang ada padaku sama tegasnya dengan sikap aruah bapa. Apa yang ada pada bapa menurun padaku. Anak bapalah katakan! Andai ketika ini bapa ada di sini pasti ku cium tanganmu dan kukucup dahimu juga kukucup pipimu, sama seperti kau kucup dahiku setiap kali aku meninggalkan rumah dan sewaktu-waktu ketika bayi dan di zaman kanak-kanakku. Walau kau tiada di sini, ucapan ini tetap kuungkap, SELAMAT HARI BAPA!
Juga selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar bapa. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Semoga hidup ini penuh dengan keindahan dan disulami selangit keimanan.
INDAHNYA KEHIDUPAN BILA DISULAMI SELANGIT KEIMANAN
Bersua kembali di laman catatan penggembara sepi. Salam sejahtera, semoga sekalian pembaca blog ini dalam keadaan sihat walafiat dan saya alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana diberikan keafiatan sesempurna ini dan sentiasa dalam rasa ketenangan jiwa, seaman alam buana, sedingin salju putih, seputih hati-hati yang tulus dalam melayari percaturan hidup penuh cabaran, dugaan dan rintangan. Semoga juga kita sekaliannya tabah dalam mengharungi semua kehadiran yang tidak diundang. Maka Redhalah, agar kita berupaya terus melangkah walaupun terpijak duri yang melukakan dan bangun dari kejatuhan juga kekecewaan untuk lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Sulamilah keimanan kita ibarat seluas langit yang tiada batasan. Hari ini, teringat pada masa silam ketika bergelar kanak-kanak. Tidak pernah menangis kerana kemiskinan, tidak pernah mengeluh apapun yang dikunyah dan tidak juga pernah mengadu setiap kesakitan yang ditanggung. Rasanya kekuatan itu ada di ketika usia kanak -kanak lagi. Tetapi tidak pada ketika menjadi anak rantau. Berseorangan dalam kesakitan, tiada teman semasa duka. Salah siapakah itu? Atau mungkin takdir yang tersurat itulah penentunya. Namun, ianya tetap indah. Pengalaman yang menakjubkan.
Langgan:
Catatan (Atom)